GERRARD mahu perkasa benteng pasukannya.
GERRARD mahu perkasa benteng pasukannya.
Agensi

Riyadh: Pengurus Al-Ettifaq Steven Gerrard dilaporkan berminat menandatangani Abdullah Madu yang beraksi di bahagian pertahanan Al-Nassr yang juga rakan sepasukan Cristiano Ronaldo.

Al-Ettifaq kini bergelut di Liga Pro Saudi dengan hanya 24 mata daripada 17 perlawanan dan mereka menduduki tangga ke lapan dalam carta liga.

Manakala Al Nassr berada di tangga kedua dengan 37 mata daripada 16 perlawanan sementara Al-Hilal selaku pendahulu meraih 47 mata tetapi beraksi lebih satu perlawanan berbanding Al-Nassr.

9NFCBALL melaporkan di X bahawa Gerrard mahu mendapatkan Madu bagi memperkuatkan pertahanan pasukannya.

Al Ettifaq melepaskan 18 gol dalam 17 perlawanan liga dan dengan adanya pemain seperti Madu dapat membantu mengelakkan gawang daripada mudah ditembusi.

Madu, 30, pemain antarabangsa Arab Saudi yang berpengalaman luas.

Selepas mendapatkan beberapa pemain terkenal Eropah pada musim panas ini seperti Jordan Henderson, Demarai Gray, Moussa Dembele, dan Gini Wijnaldum, benteng Al-Ettifaq dijangka kembali kukuh dengan adanya pemain berpengalaman.

Madu tidak lagi menjadi pilihan utama membarisi barisan kesebelasan bersama Al Nassr selepas hanya tampil tiga kali dengan kelab Arab Saudi itu dan peluangnya untuk beraksi dengan Al-Ettifaq dijangka cerah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2023 @ 6:19 PM