HENDERSON meninggalkan Al Ettifaq untuk menyertai Ajax selepas hanya enam bulan di Arab Saudi. FOTO REUTERS
HENDERSON meninggalkan Al Ettifaq untuk menyertai Ajax selepas hanya enam bulan di Arab Saudi. FOTO REUTERS
AFP

Riyadh: Steven Gerrard menandatangani kontrak baharu untuk kekal sebagai jurulatih Al-Ettifaq sehingga 2027, selepas bekas rakan sepasukan di Liverpool, Jordan Henderson meninggalkan kelab Arab Saudi itu.

Gerrard, 43, tiba di Al-Ettifaq pada Julai lalu dengan kontrak dua tahun, tetapi kelabnya sekadar menduduki tangga kelapan Liga Pro Saudi dan ketinggalan 28 mata di belakang pendahulu, Al-Hilal.

"Ia saya melegakan buat saya dan keluarga dan terasa dihargai selepas segala kerja keras dan komitmen," kata bekas kapten England itu dalam satu kenyataan.

"Sejak awal, kami tahu ini adalah tugas besar dan sangat mencabar, tetapi banyak yang sudah dicapai."

Dia menambah: "Saya faham posisi sendiri, ini adalah keputusan bisnes. Saya tidak mengambil mudah, saya faham kedudukan kami dalam liga dan yakin kami akan semakin meningkat."

Sebelum itu, Henderson, 33, meninggalkan Al-Ettifaq hanya selepas enam bulan di kelab itu untuk menyertai gergasi Belanda, Ajax.

Henderson yang juga bekas kapten Liverpool seperti Gerrard, dilaporkan menerima £700,000 (RM4.19 juta) seminggu di negara berkenaan.

Perpindahannya ke Arab Saudi mencetuskan perbalahan apabila Henderson lantang bersura mengenai komuniti LGBT sedangkan homoseksual dilarang di negara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2024 @ 11:29 AM