RONALDO meledak 14 gol ketika musim pertama di Arab Saudi. FOTO Reuters
RONALDO meledak 14 gol ketika musim pertama di Arab Saudi. FOTO Reuters
Reuters

Riyadh: Cristiano Ronaldo terlepas perlawanan terakhir Liga Pro Saudi kerana kecederaan ketika pasukannya Al-Nassr menamatkan musim mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas Al-Fateh hari ini.

Penyerang Portugal itu memutuskan tidak duduk di bangku simpanan untuk menamatkan musim pertamanya yang mengecewakan di Arab Saudi selepas menyertai Al-Nassr pada Januari dengan kontrak yang dianggarkan oleh media bernilai lebih €200 juta (RM988 juta).

Pemain berusia 38 tahun itu berakhir dengan 14 gol dalam 16 perlawanan, bermain setiap minit dalam setiap perlawanan liga kecuali seri 1-1 dengan Al-Ettifaq bulan lalu apabila dia dikeluarkan pada minit ke-84, dan perlawanan terakhir hari ini.

Al-Nassr gagal memenangi sebarang kejuaraan musim ini dan menamatkan liga di tempat kedua, lima mata di belakang juara Al-Ittihad.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2023 @ 9:05 PM