PASUKAN  JDT meraikan kejayaan gemilang mereka selepas tamat perlawanan menentang  Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim.
PASUKAN JDT meraikan kejayaan gemilang mereka selepas tamat perlawanan menentang Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) berada di kelompok 20 kelab terbaik Asia membolehkan kelab lain di Liga Malaysia meraih hasil termasuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) musim depan.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengatakan dengan kemenangan JDT di semua kejohanan domestik membolehkan pasukan lain beraksi di Asia.

"Kita tenang saja, tak macam orang 'jakun'. Kalau JDT tak menang liga, Piala FA, Piala Malaysia, tak merasa ke Asia yang ada tu. Yang main ACL Elite (ACLE) ni pun setiap tahun main Asia, 'relax' saja.

"Itulah mentaliti JDT. Malaysia dapat main ACL pun pasal siapa kalau tak JDT menyumbang mata," tulis Tunku Ismail di laman sosial.

Untuk rekod, selain JDT yang akan beraksi di ACLE musim depan, Selangor FC turut akan mengikut jejak skuad Harimau Selatan ke pentas Asia.

Ia menyaksikan skuad Merah Kuning kendalian Tan Cheng Hoe itu menjadi wakil kedua Malaysia yang akan beraksi di ACL II.

Dalam perkembangan sama, Tunku Ismail memaklumkan kejayaan Selangor FC adalah hasil ideanya yang mencadangkan nama Cheng Hoe untuk membimbing pasukan itu.

"Tan Cheng Hoe pun siapa yang 'recommend' masa perjumpaan di Hotel Hyatt KL? Manusia ni cepat lupa. Kadang kala dalam hidup ni jangan segan nak ucap terima kasih.

"Selamat malam keluarga JDT ku. Raja bola sepak zaman profesional," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2023 @ 3:50 PM