TUNKU Ismail kritik pengurusan baharu Selangor FC. FOTO JOHOR SOUTHERN TIGERS
TUNKU Ismail kritik pengurusan baharu Selangor FC. FOTO JOHOR SOUTHERN TIGERS
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Sejak lapan musim lalu, Selangor FC tidak pernah menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) meskipun Red Giants saban tahun memiliki dana cukup besar bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M).

Fakta itu dikongsikan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang seolah mencabar Selangor agar cuba memecahkan rekod itu menjelang musim baharu Mei ini.

"4-0 di laman sendiri, 4-0 di tempat lawan, 2-0 di laman sendiri. Agregat keseluruhan 10-0. Kali terakhir JDT kalah dengan Selangor ketika zaman Dato' Subahan.

"Semenjak kroni FC ambil alih, JDT tak pernah kalah selama 8 tahun dengan Selangor baru.

"(RM) 46 juta setahun kerajaan beri sokongan dan masih gagal selama 8 tahun," kata Tunku Ismail di laman sosial," kata Tunku Ismail di laman sosial.

Ujarnya Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu lagi, kejayaan pemenang 33 kali trofi Piala Malaysia beraksi di Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) adalah hasil bantuan kelabnya.

Katanya, skuad Harimau Selatan berjaya menyumbangkan mata ranking MA AFC yang cukup banyak sekali gus membolehkan satu lagi wakil negara beraksi di saingan ACL 2, manakala JDT akan bertanding di ACL Elite.

"Main ACL 2 pun dengan bantuan JDT punya mata sumbangan. Dan masih berhalusinasi dan tak boleh terima hakikat.

"Hentam pengurusan lama tetapi sebut kejayaan mereka. Syabas kepada semua Presiden Selangor FA yang berjaya dan mencipta sejarah buat Selangor," katanya.

Musim baharu Liga M dijadual bermula Mei ini dengan JDT adalah juara bertahan Liga Super sejak 10 musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2024 @ 12:00 PM