Guardiola (kanan) memneri arahan kepada Oscar Bobb (kiri). -FOTO AFP
Guardiola (kanan) memneri arahan kepada Oscar Bobb (kiri). -FOTO AFP

AFP

Birmingham, United Kingdom: Pep Guardiola mengakui dia perlu 'mencari jalan' kepada masalah Manchester City selepas juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu tewas 0-1 di Aston Villa awal pagi tadi.

Pasukan Guardiola digemparkan dengan gol kemenangan pada separuh masa kedua oleh Leon Bailey di Villa Park.

City kini berada di tangga keempat ketinggalan enam mata di belakang Arsenal selepas berdepan empat perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan.

Manakala Villa di tempat ketiga berjaya memintas kedudukan mereka.

Pemenang treble itu berdepan prestasi tidak menentu jika dibandingkan dengan mana-mana prestasi mereka sebelum ini.

Guardiola tidak mempunyai jawapan terhadap prestasi City sejak kebelakangan ini, kekalahan kepada Villa, seri menentang Chelsea, Liverpool dan Tottenham.

Tetapi pengendali City itu mengakui dia mesti menyelesaikan masalah itu dengan cepat.

Guardiola berkata: "Enam mata (di belakang Arsenal) dan kami lebih suka berada di puncak liga tetapi kami membuat tiga keputusan seri dan tewas hari ini.

"Pada tahun ini kami sudah menemui cara untuk memenangi perlawanan namun kami sedikit bergelut dan perlu mencari jalan.

"Ia adalah tugas saya untuk mencari penyelesaian dan perubahan dinamik dengan memenangi permainan serta perlu mengenali pasukan dengan lebih baik.

Villa mengatasi City dari awal hingga akhir, dengan pasukan Guardiola gagal melakukan gol tepat ke sasaran selepas dua percubaan Erling Haaland berturut-turut pada awal separuh masa pertama tersasar.

Guardiola mengakui City tidak pernah berada dalam keadaan selesa, berkata: "Aston Villa bermain lebih baik.

Separuh masa pertama kami tidak melakukan penguasaan bola dan separuh masa kedua lebih baik dan kami mempunyai peluang, tetapi kami bergelut untuk mencari hantaran dan pergerakan pada saat yang tepat.

"Kami sudah mencuba empat atau lima namun ia terpesong jadi itulah yang berlaku dan kami perlu menerima Aston Villa lebih baik dan pergi ke Luton pada Ahad ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2023 @ 11:04 AM