GUARDIOLA sambung kontrak dua tahun lagi. -FOTO AFP
GUARDIOLA sambung kontrak dua tahun lagi. -FOTO AFP
Agensi

London: Manchester City, Pep Guardiola berkata dia akan berhenti daripada mengendalikan kelab itu jika merasakan kelab itu 'musnah'

Guardiola menandatangani lanjutan kontrak dua tahun dengan City dua bulan lalu yang akan membawanya sehingga 2025.

Jika dia memenuhi perjanjian itu, ia bermakna sembilan tahun bersama City.

Bagaimanapun Guardiola berkata: "Apabila saya merasakan sesuatu yang sudah rosak, saya akan meletakkan jawatan atau tidak melanjutkan kontrak."

Guardiola hanya muda sedikit ketika menyertai City berbanding Sir Alex Ferguson ketika dia meninggalkan Aberdeen untuk Manchester United pada 1986.

Lebih muda dari Arsene Wenger ketika meninggalkan Jepun untuk mengendalikan Arsenal sedekad kemudian tetapi menolak untuk mengikutkan tempoh yang panjang seperti kedua-dua pengendali itu.

"Saya mahu katakan saya tidak akan kekal seperti Fergie dan Arsene," Guardiola said.

"Kontrak hanya atas kertas. Saya menyambung kerana saya rasa kami masih boleh bermain dengan baik. Tetapi akhirnya ia bergantung kepada keputusan. Jika kita bosan antara satu sama lain, saya akan menamatkan kontrak ini."

Guardiola menjadikan pemain pertahanan remaja Rico Lewis sebagai contoh percubaannya untuk mencapai sesuatu yang sama selepas empat gelaran Liga Perdana Inggeris yang mengagumkan sepanjang lima musim.

Sementara Arsenal menikmati kelebihan lima mata di puncak liga, Guardiola masih percaya kepada pemainnya untuk berusaha lebih keras untuk melengkapkan hatrik kejayaan kejuaraan.

Bagaimanapun Guardiola mengakui ia adalah sukar.

"Apabila anda menang banyak, lebih mudah untuk mengendalikan situasi. Tetapi di sisi lain ia adalah 'oh, kita perlu melakukannya sekali lagi'.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2022 @ 11:44 AM