BARISAN pemain JDT sudah tiba ke Korea Selatan untuk berdepan Ulsan Hyundai dalam aksi Kumpulan I. -FOTO Ihsan Johor Southern Tigers
BARISAN pemain JDT sudah tiba ke Korea Selatan untuk berdepan Ulsan Hyundai dalam aksi Kumpulan I. -FOTO Ihsan Johor Southern Tigers
Rizar Mohd Noor


Johot Bahru: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) Esteban Solari tetap menganggap pertembungan menentang kelab dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai FC tidak mudah menjelang pertemuan Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Bolasepak Munsu, Selasa ini

Solari mengakui aksi yang bakal ditempuhi sukar apabila bertandang ke gelanggang lawan dan perlu beraksi dalam keadaan cuaca yang sejuk yang mungkin menjejaskan konsistensi permainan skuad Harimau Selatan.

Ia adalah perlawanan penting buat JDT tatkala terpaksa memberi laluan kepada kalendar perlawanan Persekutuan Bolasepak Antarabanga (Fifa) dan perlu melepaskan beberapa pemain pasukan itu menyertai skuad kebangsaan.

"Persiapan kami tampak begitu padat apabila selepas aksi menentang Perak, kami perlu meneruskan perjalanan ke Korea dan kami berusaha membuat persiapan yang rapi menentang Ulsan.

"Berdepan juara Liga 1 Korea bukan satu yang mudah dan pastinya mereka akan turun habis-habisan selepas tewas baru-baru ini kepada Kawasaki Frontale.

"Tapi kami percaya dengan kredibiliti yang ada dalam pasukan JDT berdasarkan pencapaian ketikan menewaskan kelab dari Thailand, BG Pathum United dan sudah tentu kami bakal tampil dengan corak permainan berintensiti tinggi," katanya

Pada saingan ACL musim lalu, JDT menewaskan skuad kendalian Hong Myung-bo 2-1 dan seri 0-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri tapi musim ini saingan berbeza apabila skuad Harimau Selatan perlu bertandang ke Korea Selatan.

"Kondisi pemain JDT berada di tahap memuaskan dan saya tidak berdepan masalah untuk menyenaraikan barisan terbaik memburu kemenangan kedua selepas menang ke atas Pathum," kata Solari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Oktober 2023 @ 11:25 AM