FRED bakal tinggalkan United. FOTO AFP
FRED bakal tinggalkan United. FOTO AFP
AFP

London: Manchester United mengesahkan sudah mencapai persetujuan melepaskan Fred menyertai kelab Turki, Fenerbahce pada jendela perpindahan ketika ini.

Pengesahan itu diumumkan United di laman web rasmi kelab di mana pemain Brazil itu akan terbang ke Istanbul selewat-lewatnya hari ini.

Ia bagi membolehkan pemain itu menjalani proses kesihatan sekali gus bakal memulakan cabaran baharu di Turki.

"Pemain berusia 30 tahun itu bakal meninggalkan United selepas menyumbang buat kelab serta membantu pasukan dalam pelbagai kejohanan.

"Sumbangan Fred akan dikenang antara pemain yang berusaha keras meletakkan United di tahap terbaik.

"Semua pihak di kelab mengucapkan terima kasih atas sumbangannya selama ini dan selamat maju jaya untuk masa depannya," kata kenyataan kelab itu.

Fred menyertai United pada 2018 dengan mencatat 139 penampilan dan meledak lapan gol.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 1:20 PM