KETUA pasukan JDT, Azrul (jersi kuning) pada sesi latihan. FOTO Mohd Rafi Mamat
KETUA pasukan JDT, Azrul (jersi kuning) pada sesi latihan. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menghormati skuad Pahang Rangers yang akan ditentang

di pentas final pertama Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) 2023 di Stadium Tertutup SUKPA, hari ini.

Ketua pasukan JDT, Azrul Hadee Mohd Taufiq berkata berhadapan pasukan yang lebih senior (Pahang Rangers) bukan untuk dijinakkan ditambah pula beraksi di tempat mereka.

Bagaimanapun, katanya tentangan tetap akan diberikan pada tuan rumah dalam memastikan kejayaan dapat dicipta sebagai bekalan pada perlawanan akhir kedua di Johor selepas ini.

Beliau berkata, apa yang diharapkan pemain JDT dapat memberi persembahan terbaik mengikut percaturan jurulatih, perjuangan meraih kemenangan perlu dipamerkan sepanjang perlawanan tanpa rasa rendah diri pada lawan.

"Saya berpendapat peluang JDT dan Pahang Rangers malam esok 50-50, sekiranya nasib menyebelahi kami kemenangan pasti dapat diraih. Banyak kesilapan yang dilakukan kita akan berputih mata.

"Diatas kertas Pahang Rangers yang berpengalaman luas di pentas MPFL, namun itu tidak bermakna JDT yang musim pertama beraksi secara mudahnya menyerah sebelum berjuang," katanya ditemui pada sesi menyesuaikan diri dengan gelanggang di Stadium Tertutup SUKPA, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Ogos 2023 @ 11:12 AM