SESI latihan barisan pemain Pahang Rangers. -FOTO Mohd Rafi Mamat
SESI latihan barisan pemain Pahang Rangers. -FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Pasukan Pahang Rangers meletakan misi mencatat kemenangan keatas Johor Darul Ta'zim (JDT) di pentas final pertama Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) 2023 di Stadium Tertutup SUKPA, hari ini.

Walaupun bakal berhadapan tentangan sengit pelawat namun tidak mustahil kelebihan beraksi di gelanggang sendiri akan berpihak kepada skuad bimbingan jurulatih Gerard Casas.

Menurut Casas, pasukan Pahang Rangers kini boleh dikatakan berada di kemuncak prestasi selepas mencatat keputusan membanggakan pada setiap perlawanan sehingga ke peringkat separuh akhir liga.

Katanya, semangat pemain kini begitu tinggi apabila berada diatas gelanggang, buktinya pada perlawanan kedua separuh akhir bertemu Selangor MAC di tempat lawan minggu lalu, ketinggian 0-2 pada babak pertama mereka bangkit untuk menyamakan kedudukan dan berakhir dengan keputusan seri 3-3.

"Saya berharap pemain Pahang Rangers dapat terus mempamerkan persembahan terbaik pada pertemuan pertama dengan JDT malam esok bagi membuka peluang menjulang kejuaraan liga musim ini.

"Peluang merangkul kejuaraan sudah terbuka luas, kini terpulang kepada untuk merebutnya," katanya yang berharap penyokong datang beramai-ramai ke stadium memberi sokongan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Ogos 2023 @ 11:06 AM