De Sousa (tengah) menyumbang dua gol untuk JDT. -FOTO Mohd Rafi Mamat
De Sousa (tengah) menyumbang dua gol untuk JDT. -FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Pasukan Pahang Rangers berpesta gol menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 7-3 pada saingan final pertama Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) 2023 di Stadium Tertutup SUKPA, semalam.

Bagi jurulatih Gerard Casas, kemenangan besar 7-3 ke atas JDT suatu pencapaian yang amat membanggakan dan tidak dijangka, pemain membuktikan semangat juang yang tinggi sepanjang perlawanan.

Katanya, ketinggalan 0-1 pada awal perlawanan tidak menjejaskan rentak persembahan barisan pemain Pahang Rangers apabila bangkit memburu gol sehingga ke penghujung babak kedua walaupun berhadapan kebangkitan pelawat.

"Saya amat gembira dengan keputusan semalam yang dianggap luar jangkaan, namun itu semua hasil kesungguhan dan semangat tinggi dipamerkan yang menetapkan misi menjulang kejuaraan MPFL ini selepas terlepas musim lalu.

"Kemampuan Harith Na'im menyumbang empat gol dibantu dua jaringan Sergio Jamur seolah menutup pintu peluang lawan pulang dengan kejayaan yang diharapkan," katanya.

Beliau menambah, terima kasih pada penyokong setia Pahang Rangers yang memberi sokongan padu, kehadiran mereka menambahkan semangat pemain untuk memberi persembahan terbaik.

Casas berkata, persembahan bertenaga yang dipamerkan pemain Pahang Rangers semalam diharap dapat diteruskan padan perlawanan akhir kedua di tempat lawan selepas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Ogos 2023 @ 12:22 PM