PAHANG Rangers (jersi hitam) dan Kedah di Stadium Tertutup SUKPA. FOTO Mohd Rafi Mamat
PAHANG Rangers (jersi hitam) dan Kedah di Stadium Tertutup SUKPA. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Persembahan bertenaga menjadi kelebihan kepada pasukan Pahang Rangers FC untuk menjinakkan Kedah 8-2 pada saingan Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) 2023 di Stadium Tertutup SUKPA, di sini hari ini.

Jurulatih Pahang Rangers, Gerard Casas berpuas hati dengan kejayaan pasukannya menewaskan Kedah untuk mengekalkan rekod tiga kemenangan berturut-turut musim ini.

"Pemain berjaya mengikut percaturan pada sesi latihan sebelum ini terutama pada babak pertama, namun babak kedua sedikit kelonggaran berlaku," katanya.

Skuad bimbingan, Casas yang memulakan perlawanan tidak perlu menunggu lama untuk berada di hadapan menerusi gol jaringan Muhammad Khaiyum Mohd Khaimi pada minit ke sembilan.

Matheus Augusto yang merembat kencang bola menewaskan penjaga gol Kedah, Muhamad Umir Asyraf Zainon untuk gol kedua tuan rumah pada minit ke 10 manakala Ahmad Harith Na'im Mohd Nasir meledak minit ke-13 untuk mendahului Kedah 3-0.

Sedikit kelekaan pasukan Pahang Rangers di hukum gol pertama Kedah oleh Muhammad Syaifuddin Md Akhir pada minit ke 17.

Bermula babak kedua Pahang Rangers yang mendapat suntikan semangat daripada peminat tempatan terus mengganas menerusi dua gol yang disumbang oleh Amin Nasrollah Zadeh pada minit ke 23 dan 37 dan Muhamad Alif Mat Amin menjaringkan gol keenam seminit kemudian.

Gol Muhammad Farhan Khairul Anuar pada minit 38 dan 39 permainan melengkapkan kejayaan Pahang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2023 @ 8:10 PM