SESI latihan pemain Pahang Rangers menjelang pertemuan menentang JDT pada final kedua MPFL. -FOTO Mohd Rafi Mamat
SESI latihan pemain Pahang Rangers menjelang pertemuan menentang JDT pada final kedua MPFL. -FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Pasukan Pahang Rangers mampu melakar kejayaan ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) pada final kedua Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) 2023, Isnin ini sekiranya pemain dapat memberi sepenuh tumpuan pada aksi sepanjang perlawanan.

Jurulatih Pahang Rangers, Gerard Casas berkata percaturan yang disediakan perlu dilakukan barisan pemain dalam usaha menyekat setiap gerakan pasukan lawan yang pastinya memberi tentangan sengit.

Katanya, corak permainan menyerang bermula awal babak pertama perlu dilakukan dan usaha menghasilkan jaringan tetap perlu dilakukan biarpun mempunyai kelebihan empat gol.

"Saya tidak menolak tentangan yang sengit diterima Pahang Rangers sepanjang permainan, tuan rumah pastinya akan turun dengan misi kemenangan besar bagi memintas perbezaan empat gol sebelum ini.

"Saya sangat berharap pemain tidak mudah hilang tumpuan kerana ia boleh mengundang jaringan," katanya.

Pahang Rangers akan bertandang ke Pasir Gudang, Johor melayan tuan rumah JDT pada final kedua MPFL 2023, Isnin ini.

Pada final pertama di Stadium Tertutup SUKPA, Sabtu lalu pasukan Pantai Timur itu membenam Harimau Selatan 7-3.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 3:53 PM