KEUPAYAAN Casagrande (kanan) tidak cukup untuk bertindak sebagai penggempur utama NSFC. FOTO FB NSFC.
KEUPAYAAN Casagrande (kanan) tidak cukup untuk bertindak sebagai penggempur utama NSFC. FOTO FB NSFC.
Mohd Amin Jalil


Seremban: Meskipun prestasi Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam saingan Liga Super musim ini dilihat terumbang-ambing dan tidak konsisten, pasukan itu dijangka mampu menamatkan saingan liga pada kedudukan yang baik.

Pengendalinya, K Devan yakin skuad Hobin Jang Hobin boleh menamatkan saingan Liga Super musim ini antara tempat keenam hingga kesembilan.

Katanya, masih terdapat baki tujuh perlawanan yang perlu diharungi skuad bimbingannya itu sebelum liga berakhir.

"Saya rasa NSFC masih boleh menduduki carta Liga Super dari tangga keenam hingga kesembilan dan peluang itu masih ada.

"Jika itu dapat dicapai, ia suatu pencapaian yang bagus. Jika dilihat dari segi bilangan pemain import, NSFC yang paling kurang berbanding pasukan lain.

"Cuba kita perhatikan pasukan lain seperti Selangor FC, Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC, Terengganu FC, Kuala Lumpur (KL) City FC, semua pasukan ini mempunyai kuota penuh pemain import selain pemain tempatan mereka yang terbaik," katanya.

Ketika ini, NSFC memiliki empat pemain import iaitu Herold guolon, Casagrande, Hein Thet Aung dan Youssef Ezzejjari berbanding kuota sembilan import yang dibenarkan.

Devan berkata, kehadiran pemain import akan memberi nilai tambah kepada sesebuah pasukan dan semua pihak terutama peminat perlu memahami dan dapat menerima hakikat terhadap pengaruh dan sumbangan pemain import.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2023 @ 5:14 PM