BARISAN pemain Seville meraikan kejayaan mereka bersama penyokong selepas mara ke separuh akhir Liga Europa. FOTO Reuters
BARISAN pemain Seville meraikan kejayaan mereka bersama penyokong selepas mara ke separuh akhir Liga Europa. FOTO Reuters
AFP

Seville, Sepanyol: Manchester United tersingkir daripada Liga Europa dengan cara yang tidak diduga apabila tewas kepada Sevilla 0-3 untuk mara ke separuh akhir dengan agregat 5-2.

Juara enam kali itu menghukum pasukan Erik ten Hag yang sering kali melakukan kesilapan termasuk menjaringkan dua gol sendiri pada perlawanan pertama.

Harry Maguire sekali lagi menjadi punca kepada kekalahan memalukan itu apabila dia membuat hantaran tepi kawasannya sendiri sehingga membolehkan Youssef En-Nesyri meledak untuk memecahkan kebuntuan.

Loic Bade menanduk masuk gol kedua menerusi sepakan sudut pada minit pertama separuh masa kedua untuk memberikan skuad kendalian Jose Luis Mendilibar kelebihan.

En-Nesyri meledak gol keduanya ke dalam gawang yang tidak dikawal apabila penjaga gol United, David de Gea untuk Sevilla menambah jaringan di stadium Ramon Sanchez Pizjuan.

Sevilla akan berdepan gergasi Itali, Juventus di separuh akhir selepas The Old Lady menewaskan Sporting Lisbon 2-1 secara agregat.

Ten Hag mengkritik pasukannya dengan mengatakan 'ia tidak boleh diterima' selain pemain kurang semangat berbanding lawan mereka.

"Kami harus menjadi lebih baik, ia bukan tentang kemahiran bermain, ia tentang watak untuk dikarang dan mempunyai keinginan serta semangat - mereka mempunyai kesungguhan untuk menang dan saya fikir itu tidak boleh diterima," katanya.

Sevilla memusnahkan impian United untuk memburu trofi kedua musim ini selepas Piala Liga dengan menjaringkan gol ketiga 10 minit sebelum tamat.

"Saya amat gembira dengan dua gol itu, dan ia kerana penyokong - saya tidak pernah melihat suasana begini dalam hidup saya," kata En-Nesyri.

Mendilibar belum tewas dalam lima perlawanan sejak dilantik menggantikan Jorge Sampaoli.

"Bola sepak adalah mudah, saya tidak mahu merumitkan keadaan untuk pemain-pemain. Terapkan corak permainan paling mudah, pemain-pemain tahu mereka boleh bermain seperti ini," kata Mendilibar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2023 @ 8:57 AM