GATTI meraikan jaringan penyamaannya. FOTO AFP
GATTI meraikan jaringan penyamaannya. FOTO AFP
AFP

Turin: Federico Gatti menanduk masuk bola minit ke-97 untuk memastikan Juventus seri 1-1 dengan Sevilla pada aksi separuh akhir pertama Liga Europa, awal pagi tadi.

Youssef En-Nesyri meletakkan Sevilla yang juga juara enam kali itu mendahului pada separuh masa pertama dan dilihat mempunyai kelebihan apabila beraksi di Sevilla namun gol penyamaan Gatti memusnahkan impian mereka.

En-Nesyri yang juga pemain antarabangsa Maghribi menjaringkan gol menarik pada minit ke-26 untuk memecahkan kebuntuan di Turin sebelum Gatti menyamakan kedudukan minit ke-97.

"Keputusan ini agak memalukan jika mengambil kira prestasi kami. Mereka menyamakan kedudukan di hujung perlawanan, tetapi itulah yang berlaku,

"Kami menafikan setiap cubaan Juventus dan beraksi konsisten sepanjang masa. Kami perlu melihat kepada perkara itu, bukan kepada apa yang berlaku di hujung perlawanan," kata pengendali Sevilla, Jose Luis Mendilibar

Sevilla, yang menyingkirkan Manchester United pada aksi suku akhir, tidak pernah tersingkir di peringkat separuh akhir dalam kejohanan itu.

Kelab Sepanyol itu, yang memenangi Liga Europa di Juventus pada 2014, seolah-olah beraksi di tempat sendiri apabila menguasai perlawanan pada separuh masa pertama.

Sementara itu jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri mengakui lega apabila barisan pemainnya meraih keputusan seri.

"Kami mempamer aksi terbaik untuk bangkit semula dan berhak memperoleh keputusan seri yang mana peluang kedua-dua pasukan lebih seimbang pada aksi timbal balik nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2023 @ 7:55 AM