Penyerang Wolves, Raul Jimenez menyempurnakan ketika berdepan Olympiakos dalam aksi Liga Europa. FOTO AFP
Penyerang Wolves, Raul Jimenez menyempurnakan ketika berdepan Olympiakos dalam aksi Liga Europa. FOTO AFP
AFP

WOLVES berjuang ke suku akhir saingan Piala Europa ketika Sevilla, Bayer Leverkusen dan Basel mencatat kemenangan selesa dalam saingan 16 terakhir, pagi ini.

Raul Jimenez menjaringkan gol tunggal perlawanan selepas menyempurnakan penalti pada minit ke sembilan permainan.

Malah Wolves bernasib baik berikutan beberapa peluang menghasilkan jaringan diperoleh Olympiakos gagal disempurnakan sehingga kedudukan kekal 1-0 di Molineux menjadikan kemenangan Wolves menerusi agregat 2-1 selepas aksi di Athens pada 13 Mac lalu.

Leverkusen menewaskan pelawat Rangers 1-0 untuk menang menerusi agregat 4-1 sementara Basel mengetepikan Eintracht Frankfurt 1-0 dengan kejayaan menerusi agregat 4-0.

Sevilla mara selepas mengatasi Roma 2-0 dalam hanya satu perlawanan play-off Liga Europa ketika beraksi di gelanggang berkecuali di Duisburg, yang menjadi salah satu gelanggang perlawanan apabila daerah Rhineland di Jerman itu menjadi tuan rumah dalam tiga pusingan terakhir kejohanan dari 10-21 Ogos.

Wolves yang memulakan kempen Liga Europa pada 25 Julai tahun lalu berdepan Crusaders pada pusingan kelayakan kedua akan berdepan Sevilla di Duisburg pada 11 Ogos.

"Musim yang terlalu panjang," kata Jimenez. "Kini kami berada di peringkat suku akhir dan mahu terus melangkah."

Keputusan perlawanan Liga Europa:

di Duisburg, Jerman

Sevilla (SEP) 2 (Reguilon 22, En-Nesyri 44) Roma (ITA) 0

-- Sevilla layak selepas beraksi satu play-off

di Leverkusen, Jerman

Bayer Leverkusen (GER) 1 (Diaby 51) Rangers (SCO) 0

-- Leverkusen layak agregat 4-1

di Basel, Switzerland

Basel (SUI) 1 (Frei 88) Eintracht Frankfurt (JER) 0

-- Basel layak agregat 4-0

di Wolverhampton, England

Wolverhampton Wanderers (ENG) 1 (Jimenez 9-pen) Olympiakos (GRE) 0

-- Wolves layak agregat 2-1

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 6:58 AM