MARCINIAK adili perlawanan akhir Piala Dunia. -FOTO The Sun
MARCINIAK adili perlawanan akhir Piala Dunia. -FOTO The Sun
Agensi

Doha: Pengadil Poland, Szymon Marciniak akan mencipta sejarah apabila akan menjadi orang pertama dari negaranya yang mengendalikan perlawanan akhir Piala Dunia 2022 antara Argentina menentang Perancis.

Namun dia adalah pengadil yang menimbulkan kemarahan bekas pengendali Chelsea, Thomas Tuchel selepas pertembungan suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid musim lalu.

Marciniak, 41, adalah orang yang bertanggungjawab apabila The Blues menang 3-2 pada masa tambahan tetapi tewas dengan agregat 5-4.

Tuchel berang dengan Marciniak selepas gol Marcos Alonso dibatalkan oleh VAR kerana bola terkena tangan minit ke-62.

Pada penghujung perlawanan Tuchel pergi berjabat tangan dengan pengadil namun beliau melihat Marciniak sedang ketawa dengan pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti.

Tuchel berkata: "Saya rasa ini masa yang sangat-sangat teruk dan saya memberi tahu perkara itu."

Selepas jaringan Alonso dan tayangan semula video perlawanan akhirnya menunjukkan dengan jelas bahawa bola terkena tangan Alonson sebelum dia merembat ke dalam jaring.

Namun Tuchel jelas marah dan berkata: "Apabila anda bermain menentang Real Madrid, mungkin anda tidak mengharapkan semua orang mempunyai keberanian. Saya merasakan keputusan kecil pada perlawanan pertama dan hari ini juga.

"Saya tidak melihat gol itu tetapi saya sangat kecewa dia tidak keluar dan menyemaknya sendiri."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2022 @ 10:45 AM