WHITE dikatakan dengan Holland. - FOTO Agensi
WHITE dikatakan dengan Holland. - FOTO Agensi

London: Ben White kembali berlatih bersama rakan pasukannya di Arsenal di Dunia selepas meninggalkan skuad Piala Dunia England di kejohanan yang masih berlangsung itu.

Persatuan Bolasepak Inggeris berkata, bek tengah itu meninggalkan skuad atas "sebab peribadi" tetapi sebuah akhir minggu lalu mendakwa pemergian White adalah disebabkan pertelingkahan dengan penolong pengurus, Steve Holland.

White tidak terbabit dalam mana-mana tiga perlawanan kumpulan Three Lions sebelum meninggalkan kem di Qatar.

"Ben pergi atas sebab peribadi. Kami membuat keadaan itu sangat jelas dan saya rasa terutama pada zaman ini adalah sangat penting situasi seperti itu dihormati," kata pengendali England Gareth Southgate pada malam sebelum England tewas di suku akhir kepada Peranics.

White diberikan tempoh rehat oleh Arsenal sebelum menyertai rakan pasukannya untuk kem latihan pertengahan musim sebelum Liga Perdana di sambung semula 26 Disember ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2022 @ 8:09 AM