WHITE (kanan) mahu Khabib kembali beraksi. FOTO hsan Sportsfile
WHITE (kanan) mahu Khabib kembali beraksi. FOTO hsan Sportsfile
Agensi

Los Angeles: Khabib Nurmagomedov mungkin akan diatur pertemuan dengan pemenang antara Conor McGregor dan Dustin Poirier.

Demikian menurut bos UFC, Dana White yang bersedia mempertaruhkan wangnya untuk Khabib beraksi pada perlawanan terakhirnya sebelum benar-benar bersara.

White memberitahu TMZ Sports: "Saya rasa ada peluang dia kembali beraksi.

"Bapanya mahu mahu dia melakar rekod 30-0. Dia agak beremosi selepas perlawanan terakhir kerana melalui banyak kesukaran.

"Jadi saya rasa dia akan kembali. Jika saya diminta bertaruh, saya akan bertaruh dia akan kembali beraksi."

Jika Khabib, 32, sedia kembali, White menamakan McGregor, Poirier, Tony Ferguson dan Michael Chandler sebagai lawan yang berpotensi untuk ditemui.

"Anda melihat kepada Conor McGregor dan Poirier yang akan bertarung.

"Kami juga bercakap mengenai pertemuan antara Michael Chandler dan Ferguson, jadi sama-sama kita melihatnya kemudian nanti.

"Pertamanya kami perlu memastikan sama ada Khabib mahu kembali semula dan jika ia benar, salah satu daripada petarung yang saya sebutkan tadi adalah lawannya."

McGregor baru-baru ini menandatangani kontrak untuk bertemu Poirier kali kedua 23 Januari tahun depan selepas perlawanan pertama pada 2014 dimenangi olehnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2020 @ 11:32 AM