WHITE (kiri) beraksi cemerlang ketika menentang Tottenham Hotspur minggu lalu. -FOTO AFP
WHITE (kiri) beraksi cemerlang ketika menentang Tottenham Hotspur minggu lalu. -FOTO AFP
Agensi

London: Mikel Arteta percaya Ben White berpotensi menjadi 'luar biasa' buat Arsenal.

White menyertai Gunners pada musim panas lalu dari Brighton dengan nilai perpindahan £50 juta (RM283.34 juta) dan dia bakal berdepan dengan kelab lamanya buat pertama kali awal pagi esok.

Arsenal akan berkunjung ke Brighton untuk mencari kemenangan kelima dalam semua pertandingan dalam usaha mereka berjuang untuk mengubah musim mereka kali ini.

"Kami membelinya kerana percaya dia mampu menjadi luar biasa dan dia masih belum mempunyai banyak pengalaman dalam liga," kata Arteta.

"Dia memiliki pengalaman dengan Leeds dan pengalaman yang yang diperoleh dengan Brighton selama setahun, jadi dia belum matang.

"Tapi dia sudahpun menunjukkan kualiti dan apa yang dia boleh lakukan. Dia dipilih untuk skuad kebangsaan yang bukan secara kebetulan dan cara dia menyesuaikan diri dengan kami saya rasa dia mempunyai potensi besar di sini.

"Apapun yang penting adalah bagaimana dia memenuhi apa yang diperlukan dan membantu dia melakukannya.

"Mereka (peminat) sangat menyokong. Kami mempunyai dua pemain tengah yang muda, secara amnya bahagian belakang kami berusia 22, 23, 23, dan 24 tahun yang mana ia bukan satu yang biasa.

"Namun mereka mempunyai kematangan kerana mereka mempunyai pengalaman. Saya rasa mereka melengkapi satu sama lain juga.

"Dia (White) tahu dia akan diajukan soalan dan pastinya mengenai liga ini kerana dia beraksi di salah satu posisi penting dan pada masa ini dia melakukannya.

"Dia haru mempertahankan terlebih dahulu dan semua yang kami minta dia lakukan secara defensif dan itulah tugas terbesarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Oktober 2021 @ 10:46 AM