White (kanan) pernah melakonkan watak Tyson dalam filem. FOTO Agensi
White (kanan) pernah melakonkan watak Tyson dalam filem. FOTO Agensi
Agensi

Las Vegas: Bintang Hollywood, Michael Jai White yang pernah melakonkan watak Mike Tyson pada 1995 menerusi filem HBO mengenai petinju itu mahu bertarung dengan legenda tinju berkenaan.

Pelakon berusia 53 tahun yang menyerlah dengan lakonan sebagai Tyson malah berpendapat mampu menewaskan petinju yang mendapat gelaran Baddest Man on the Planet itu.

Dikenali dengan watak sebagai Gambol dalam The Dark Knight, Al Simmons (Spawn) dan Jax Briggs (Mortal Kombat: Legac) atlet Amerika itu sudah memulakan perancangan untuk cabaran baharunya itu.

White mempunyai latar belakang mengagumkan dalam seni mempertahankan diri bermula dengan Jujutsu pada usia tujuh tahun, tetapi dia mendedahkan hasrat untuk bertarung di gelanggang tinju.

Bercakap pada VladTV, White ditanya sama ada dia sanggup bertarung menentang Tyson dan dengan yakin dia memberitahu: "Sudah tentu ya.

"Untuk bertarung dengan Mike Tyson, saya sangat menyukainya. Adakah anda bergurau dengan saya? Kenapa saya tidak akan melakukan perkara seperti itu.

Apabila di tanya mengenai peluangnya White lantas mengatakan: "Sudah tentu, saya mungkin menang.

White menegaskan dia sanggup menerima tawaran untuk bertarung dengan bekas juara heavyweight dunia itu secara percuma.

Dia juga mendakwa pertandingan pertunjukan itu mungkin dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2021 @ 10:29 PM