MCGREGOR ketika diusung keluar dari oktagon selepas mengalami kecederaan patah kaki ketika bertemu Poirier, Julai lalu. FOTO AFP
MCGREGOR ketika diusung keluar dari oktagon selepas mengalami kecederaan patah kaki ketika bertemu Poirier, Julai lalu. FOTO AFP
Agensi

Las Vegas: Bos UFC, Dana White menjangkakan Conor McGregor dapat kembali ke oktagon pada akhir tahun ini.

Bintang MMA itu mengalami kecederaan patah kaki ketika bertemu Dustin Poirier pada UFC 264, Julai lalu di hujung pusingan pertama.

McGregor, 33, melalui proses pemulihan lebih cepat daripada yang dijangkakan dan dilihat sudah boleh berjalan meskipun terpaksa menggunakan tongkat.

White mengakui McGregor berpeluang kembali bertarung pada tahun ini namun mengambil kira kepada tahap kekuatan kakinya untuk menahan sepakan daripada lawan.

"Dia nampak sudah semakin pulih. Persoalan sekarang ialah bilakah dia akan kembali bertarung semula?

"Jika dia dapat melakukan tendangan dan berpeluang mendapatkan pertarungan sebelum akhir tahun ini, bermakna segala-galanya terpulang kepada tahap pemulihannya," katanya.

McGregor sebelum ini memberitahu YouTuber, Adam Apple bahawa dia sudah boleh melakukan tendangan.

"Sejujurnya saya boleh melakukan tendangan sekarang tetapi saya perlu mendengar nasihat daripada doktor dan mereka yang membimbing saya.

"Inilah yang saya lakukan setakat ini. Saya sentiasa komited dengan kerja saya dan mahu kembali beraksi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 10:33 AM