DANILO (kiri) dan Neymar tunggu lampu hijau untuk kembali beraksi semula. FOTO Reuters
DANILO (kiri) dan Neymar tunggu lampu hijau untuk kembali beraksi semula. FOTO Reuters
Reuters

Lusail: Pertahanan Brazil, Danilo menunjukkan tanda positif untuk kembali pulih dari kecederaan buku lali, manakala Neymar masih lagi mengejar masa agar cergas semula menjelang aksi 16 akhir menentang Korea Selatan.

Perkara itu disahkan oleh doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar selepas mereka tumpas 0-1 kepada Cameroon pagi tadi.

Kedua-dua Danilo dan Neymar mengalami kecederaan buku lali ketika aksi pembukaan Brazil menumpaskan Serbia 2-0, menyaksikan mereka tidak dapat diturunkan ketika menang 1-0 ke atas Switzerland dan kalah mengejut kepada Cameroon.

Alex Sandro mengalami kecederaan pinggul ketika menentang Switzerland, manakala Alex Telles dan Gabriel Jesus juga mampu menyertai senarai pemain yang cedera selepas mengakui mengalami kesakitan sebaik berakhir aksi pagi tadi, di mana menyaksikan pengendali, Tite nembariskan skuad kedua.

"Mengenai Neymar dan Alex Sandro, kami fikir kami mempunyai masa di tangan kami dan ada kemungkinan (boleh diturunkan).

"Mari kita nantikan apa peralihan mereka - mereka masih belum mula berlatih dengan bola dan ia adalah sesuatu yang akan mereka lakukan esok. Adalah penting untuk melihat cara mereka bertindak balas terhadap gaya baharu ini, jadi bergantung pada itu, kami akan membuat keputusan.

"Perkembangan Danilo sangat positif dan hari ini dia melakukan kerja keras dan menyesuaikan diri secara lebih berfungsi dengan sangat positif. Jangkaan esok dia akan dapat berlatih seperti biasa dengan semua pemain," kata Lasmar kepada pemberita apabila ditanya mengenai kesediaan mereka untuk perlawanan 16 terakhir Isnin ini.

"Mari kita lihat apa yang berlaku dan jika semuanya baik-baik saja, kami mempunyai jangkaan yang sangat tinggi bahawa dia akan tersedia untuk perlawanan seterusnya,"

Doktor pasukan itu menambah bahawa Telles dan Gabriel akan menjalani ujian pada hari

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2022 @ 10:03 AM