Gabriel Jesus (kiri) mengalami kecederaan ketika aksi berdepan Cameroon. FOTO EPA
Gabriel Jesus (kiri) mengalami kecederaan ketika aksi berdepan Cameroon. FOTO EPA
Reuters

Doha: Penyerang Brazil, Gabriel Jesus dan pertahanan Alex Telles terpaksa diketepikan dari baki saingan Piala Dunia selepas mengalami kecederaan lutut pada aksi terakhir peringkat kumpulan mereka menentang Cameroon, menurut Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF).

Telles digantikan pada minit ke-54 ketika Brazil tewas 1-0 oleh wakil Afrika itu dengan Jesus meninggalkan padang 10 minit kemudian.

"Pemain Alex Telles dan Gabriel Jesus menjalani ujian pada pagi Sabtu ditemani doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar dan ujian MRI pada lutut kanan mereka mengesahkan kecederaan dialami dan sukar untuk mereka pulih pada masa ditetapkan seterusnya mengambil bahagian dalam Piala Dunia FIFA di Qatar 2022." menurut kenyataan CBF.

Skuad pilihan Piala Dunia, Brazil berdepan Korea Selatan dalam saingan 16 terbaik pada Isnin.

Beberapa pemain Brazil lain diharap dapat pulih daripada kecederaan untuk menyertai pasukan.

Neymar masih menjalani pemulihan daripada kecederaan pergelangan kaki ketika perlawanan pembukaan berdepan Serbia dan skuad Samba mempunyai seorang calon pertahan tunggal selepas pertahanan kiri Telles mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Cameroon.

Pemain pertahanan yang berada dalam permulaan pasukan Danilo dan Alex Sandro diketepikan kerana mengalami kecederaan pada awal kejohanan dan peluang mengenai kemampuan mereka beraksi pada Isnin masih belum pasti.

Jika salah seorang dapat beraksi, pertahanan tengah, Marquinhos mungkin berubah ke posisi kiri dan pemain berusia 39 tahun, Dani Alves, yang menjadi pemain tertua Brazil yang berada dalam senarai permulaan pasukan di Piala Dunia ketika aksi berdepan Cameroon, mungkin beraksi di sebelah kanan.

Pengendali Brazil, Tite mungkin mempunyai pilihan untuk menggunakan khidmat pertahanan tengah Real Madrid, Eder Militao seperti dilakukan ketika ketiadaan Danilo bagi perlawanan menentang Switzerland.

Begitupun, Brazil tidak mempunyai pilihan pemain pertahanan untuk berada di bangku simpanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2022 @ 9:49 PM