BEKAS pemain Hungary dan duta final Liga Europa di Budapest, Zoltan Gera melakukan undian di ibu pejabat Uefa  di Nyon, Switzerland. FOTO AP
BEKAS pemain Hungary dan duta final Liga Europa di Budapest, Zoltan Gera melakukan undian di ibu pejabat Uefa di Nyon, Switzerland. FOTO AP
AFP

Paris: Barcelona akan menentang Manchester United dalam aksi playoff peringkat kalah mati Liga Europa selepas undian dilakukan sebentar tadi.

Barca beraksi di Liga Europa susulan tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) manakala United menduduki tangga kedua peringkat kumpulan Liga Europa.

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada suku akhir Liga Juara-Juara 2018/19 dengan Barca menang 4-0 secara agregat.

Mereka pernah bertemu pada dua final UCL dan final Piala Pemenang Piala 1991 tetapi pertembungan kali ini yang pertama dalam saingan Liga Europa. Lapan pemenang playoff peringkat kalah mati akan mara ke peringkat 16 yang turut disertai lapan juara kumpulan yang layak automatik.

Juventus yang senasib Barca berdepan kelab Perancis, Nantes yang juga ulangan separuh akhir UCL 1996 yang dimenangi kelab Itali itu.

Sevilla akan menentang PSV Eindhoven manakala Ajax diundi menentang kelab Bundesliga Union Berlin.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal layak automatik ke peringkat 16 terakhir bersama Fenerbahce, Real Betis, Union Saint-Gilloise of Belgium, Real Sociedad, Feyenoord, Freiburg dan Ferencvaros.

Final Liga Europa musim ini berlangsung di Budapest pada 31 Mei tahun depan.

Berikut undian playoff peringkat kalah mati Liga Europa sebentar tadi:

Barcelona (ESP) mln Manchester United (ENG)

Juventus (ITA) mln Nantes (FRA)

Sporting (POR) mln Midtjylland (DEN)

Shakhtar Donetsk (UKR) mln Rennes (FRA)

Ajax (NED) mln Union Berlin (GER)

Bayer Leverkusen (GER) mln Monaco (FRA)

Sevilla (ESP) mln PSV Eindhoven (NED)

Red Bull Salzburg (AUT) mln Roma (ITA)

(Aksi peringkat pertama berlangsung 16 Februari, peringkat kedua 23 Februari)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2022 @ 10:14 PM