KEPUTUSAN undian semula UCL dijalankan di Nyon, Switzerland. FOTO EPA
KEPUTUSAN undian semula UCL dijalankan di Nyon, Switzerland. FOTO EPA
AFP

Paris: Paris Saint-Germain akan berdepan Real Madrid sementara Liverpool menentang Inter Milan dalam dua perlawanan sengit kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas UEFA terpaksa melakukan undian semula susulan masalah teknikal.

Undian awal menyaksikan PSG sepatutnya berdepan Manchester United namun undian semula keseluruhan yang dilakukan menyaksikan kelab Perancis itu berdepan Real manakala pasukan berpangkalan di Old Trafford akan berdepan juara Sepanyol, Atletico Madrid.

Keputusan undian semula saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara:

Red Bull Salzburg (AUT) mln Bayern Munich (GER)

Sporting Lisbon (POR) mln Manchester City (ENG)

Benfica (POR) mln Ajax (NED)

Chelsea (ENG) mln Lille (FRA)

Atletico Madrid (ESP) mln Manchester United (ENG)

Villarreal (ESP) mln Juventus (ITA)

Inter Milan (ITA) mln Liverpool (ENG)

Paris Saint-Germain (FRA) mln Real Madrid (ESP)

* Aksi perlawanan pertama diadakan pada 15-16 Februari dan 22-23 Februari manakala aksi timbal balik pada 8-9 Mac dan 15-16 Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Disember 2021 @ 10:40 PM