Penyerang Bayern Munich, Kingsley Coman (kanan) dihalang pemain Barcelona dalam saingan UCL. FOTO AFP
Penyerang Bayern Munich, Kingsley Coman (kanan) dihalang pemain Barcelona dalam saingan UCL. FOTO AFP
AFP

Paris: Barcelona tersingkir dari Liga Juara-Juara (UCL) pada peringkat kumpulan buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dengan kekalahan 0-3 ke atas Bayern Munich pagi ini, ketika Benfica, juara Perancis, Lille dan Red Bull Salzburg pula layak dalam kelompok 16 terakhir.

Sementara, Chelsea terlepas kedudukan pertama dalam kumpulan kepada Juventus apabila melepaskan gol penyamaan lewat di Zenit Saint Petersburg, manakala salji tebal di utara Itali memaksa perlawanan antara Atalanta menentang Villarreal ditangguhkan.

Barca kendalian Xavi Hernandez ternyata bukan tandingan Bayern yang mara dengan bergaya apabila mencatat enam kemenangan daripada enam perlawanan peringkat kumpulan.

Tuan rumah membuka jaringan menerusi tandukan Thomas Mueller pada minit ke-34 yang melintasi garisan sebelum cuba dikeluarkan Ronald Araujo.

Aksi berlangsung tanpa penonton di Allianz Arena berikutan sekatan Covid-19 di Bavaria, tidak menjejaskan aksi Bayern apabila Leroy Sane menambah jaringan menerusi rembatan menarik sebelum rehat separuh masa diikuti jaringan Jamal Musiala menjadikan kedudukan 3-0 selepas satu jam permainan.

Barcelona tersingkir selepas Benfica menewaskan Dynamo Kiev 2-0 di Lisbon, gol babak pertama oleh Roman Yaremchuk dan Gilberto memastikan mereka merampas kedudukan kedua kumpulan dan mara dalam kelompok 16 terakhir.

"Kami tidak bersaing. Ini adalah Liga Juara-Juara tetapi ia adalah pada realiti kami dan kami harus menghadapinya," kata Xavi.

"Kami memulakan era baru daripada kosong. Objektif kami adalah Liga Juara-Juara, bukan Liga Europa."

Barcelona yang hanya menjaringkan dua gol pada peringkat kumpulan tampil dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara pada setiap edisi sejak 17 musim lalu, kali terakhir tersingkir pada 2003-04 apabila mereka beraksi dalam Piala UEFA selepas berada di tempat keenam dalam La Liga pada tahun sebelumnya.

Keputusan Liga Juara-Juara pagi ini:

Kumpulan H -

Juventus (ITA) 1 (Kean 18) Malmo (SWE) 0

Zenit Saint-Petersburg (RUS) 3 (Claudinho 38, Azmoun 41, Ozdoev 90+4) Chelsea (ENG) 3 (Werner 2, 85, Lukaku 62)

Kumpulan E -

Benfica (POR) 2 (Yaremchuk 16, Gilberto 22) Dynamo Kiev (UKR) 0

Bayern Munich (GER) 3 (Mueller 34, Sane 43, Musiala 62) Barcelona (ESP) 0

Kumpulan F -

Manchester United (ENG) 1 (Greenwood 9) Young Boys (SUI) 1 (Rieder 42)

Atalanta (ITA) v Villarreal (ESP) *aksi ditangguhkan ke esok akibat masalah salji.

Kumpulan G -

RB Salzburg (AUT) 1 (Okafor 50) Sevilla (ESP) 0

Wolfsburg (GER) 1 (Steffen 89) Lille (FRA) 3 (Yilmaz 11, David 72, Gomes 78)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Disember 2021 @ 7:52 AM