NUR Azmi dilantik sebagai Presiden Musa bagi menggantikan Sulaiman.
NUR Azmi dilantik sebagai Presiden Musa bagi menggantikan Sulaiman.
Nazri Abu Bakar


Melaka: Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Sea di Hanoi, Vietnam, Mei lalu, Datuk Nur Azmi Ahmad dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (Musa).

Dalam kenyataan, Musa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas pelantikan sebagai Presiden Musa selepas mendapat mandat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau disifatkan sebagai calon paling sesuai bagi menerajui persatuan itu untuk meneruskan legasi kepimpinan sukan nombor satu negara itu di Melaka.

"Setinggi-tinggi tahniah Datuk Nur Azmi Ahmad di atas perlantikan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (Musa) selepas mendapat mandat Datuk Seri (Dr) Hj Sulaiman Md Ali yang meletakkan calon yang paling sesuai bagi menerajui Musa.

"Pengalaman Nur Azmi dalam kepimpinan sukan tidak asing lagi antaranya pernah menjawat jawatan penting di beberapa badan sukan antaranya Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Presiden Karate Malaysia dan Bekas Timbalan Presiden Hoki Malaysia.

"Malah pengalaman luas dimiliki turut melayakkan beliau untuk diberi kepercayaan sebagai Ketua Kontinjen Malaysia pada Sukan Sea Hanoi, Mei lalu.

"Semoga dengan pelantikan Nur Azmi selaku Presiden Musa yang baharu bakal memacu sukan bola sepak negeri Melaka ke tahap lebih baik pada masa hadapan," menurut kenyataan itu.

Menerusi pengumuman itu, Nur Azmi bakal menggantikan Sulaiman sebagai Presiden Musa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2022 @ 10:03 PM