LOGO baharu Melaka United. FOTO NAZRI ABU BAKAR
LOGO baharu Melaka United. FOTO NAZRI ABU BAKAR
Nazri Abu Bakar

PERSATUAN Bolasepak Melaka (MUSA) melancarkan logo baharu kelab berkenaan di Bandar Hilir sebentar tadi (malam tadi).

Majlis pelancaran logo terbabit di sempurnakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam yang juga Penaung MUSA.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden MUSA, Datuk Sulaiman Md Ali serta Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka yang juga Penasihat MUSA, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Majlis turut meraikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Musa bagi penggal 2018-2020, penaja serta pemain dan pegawai pasukan Melaka United.

Logo terbabit adalah yang terpilih daripada 100 penyertaan dalam Pertandingan Mencipta Logo Melaka United 2020 yang berlangsung dari 4 hingga 20 Ogos 2020.

Hadir sama pada majlis berkenaan termasuk Timbalan Presiden, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Setiausaha Agung, Mohd Asri Ninggal, Bendahari Kehormat, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri serta Ahli- Ahli Eksekutif MUSA.

Sementara itu, Sulaiman berkata kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada pasukan yang kini dikenali sebagai Melaka United Football Club dengan jutaan penghargaan dan berharap penswastaannya akan membawa ke tahap membanggakan pada masa akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2020 @ 10:48 PM