Maguire pertahankan Southgate. -FOTO Agensi
Maguire pertahankan Southgate. -FOTO Agensi
Agensi

London: Harry Maguire tampil mempertahankan bos England, Gareth Southgate yang kini diserang penyokong.

Kapten Manchester United itu memaklumkan bahawa kekalahan 0-4 di tempat sendiri kepada Hungary adalah 'tidak boleh diterima' oleh segelintir peminat dan pengulas yang meminta Southgate dipecat.

Namun pertahan tengah Maguire, 29, yang dimasukkan sebagai pemain gantian ketika kekalahan itu mendakwa bahawa Three Lions masih berada di landasan yang betul.

Maguire berkata: "Gareth adalah pengurus England yang paling berjaya sejak Sir Alf Ramsey pada 1966. Kami semua tidak sabar untuk bekerja beliau dan pasukannya sekali lagi di Piala Dunia.

"Rekod pengurusannya adalah bagus sama seperti sesiapa sahaja di luar sana dalam bola sepak antarabangsa.

"Tiada sebab mengapa kami tidak boleh melakukan dengan baik dan matlamat kami adalah memperbaiki kelemahan sebelum ini dan membanggakan negara.

England kini berada di tangga tercorot Liga Negara-Negara selepas empat perlawanan.

The Three Lions tewas dua kali kepada Hungary dan seri dengan Jerman dan Itali.

Southgate kini hanya mempunyai baki dua perlawanan lagi September ini menentang Itali dan Jerman sebelum perlawanan pembukaan Piala Dunia di Qatar menentang Iran pada 21 November.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2022 @ 12:36 PM