MOSTAFA jadi tumpuan ledak kemenangan Mesir. -FOTO Agensi
MOSTAFA jadi tumpuan ledak kemenangan Mesir. -FOTO Agensi
AFP

Johannesburg: Ia seperti persembahan antara Mohamed Salah menentang Naby Keita namun Mostafa Mohamed lebih menjadi tumpuan utama apabila Mesir melakarkan kemenangan menewaskan Guinea 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2023.

Rakan pasukan Liverpool dan kapten pasukan kebangsaan, Salah dan Keita membentuk gandingan kreatif namun gagal menemui sentuhan jaringan pada perlawanan pusingan pertama Kumpulan D.

Pemain gantian Mostafa, yang bermain untuk kelab gergasi Turki Galatasaray menamatkan kebuntuan pada minit ke-87 sebelum tamat dengan rembatan yang terkena Mouctar Diakhaby dan melepasi penjaga gol Ibrahima Kone.

Pengendali baharu Mesir Ehab Gabal menjanjikan gaya permainan berbeza selepas negara itu tewas kepada Senegal pada final Liga Negara-Negara Afrika Februari lalu dan play-off Piala Dunia sebulan kemudian.

Namun tugasan sulungnya tidak menunjukkan perubahan ketara kepada corak permainan Mesir dan dia berpeluang menunaikan janjinya apabila bertemu Ethiopia Khamis ini.

Dalam kumpulan sama, Malawi mengatasi Ethiopia 2-1 dengan kesemua jaringan di Lilongwe berpunca daripada sepakan penalti.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2022 @ 11:57 AM