KEITA alami cedera hamstring.
KEITA alami cedera hamstring.
AFP

KIGALI, Rwanda: Pemain tengah Liverpool Naby Keita yang cedera hamstring terpaksa digendong keluar oleh rakan sepasukan Guinea kerana tiada kemudahan pengusung di stadium Rwanda itu.

Dia adalah bintang Liverpool ketiga yang cedera sepanjang tugasan Liga Negara-Negara Afrika selepas Mohamed Salah (otot paha) dan Sadio Mane (patah ibu jari) sejak Jumaat lalu.

Pegawai Guinea mengesahkan Keita, yang menyertai Liverpool akhir musim lalu dari RB Leipzig, cedera hamstring tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2019 di Stade Nyamirambo di Kigali, Rwanda itu berakhir dengan keputusan 1-1, membantutkan hajat pendahulu Guinea untuk layak dengan baki dua perlawanan.

Salah menjaringkan gol dari sepakan sudut Jumaat lalu, tetapi terpaksa digantikan sebelum tamat permainan ketika Mesir menewaskan eSwatini (sebelum ini dikenali dengan Swaziland) 4-1 di Kaherah.

Mane cedera ketiak membantu Senegal mengatasi Sudan 3-0 di Dakar, Sabtu lalu.

Liverpool, ketiga dalam Liga Perdana Inggeris di belakang pendahulu Manchester City dan Chelsea menerusi perbezaan gol, akan bertandang ke laman Huddersfield Town Sabtu ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Oktober 2018 @ 12:10 PM