Salah (kiri) meraikan jaringan untuk pasukannya ketika Liverpool berdepan Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara hari ini. FOTO AFP
Salah (kiri) meraikan jaringan untuk pasukannya ketika Liverpool berdepan Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara hari ini. FOTO AFP
Agensi

London: Liverpool mungkin kehilangan khidmat Mohamed Salah dalam tempoh sebahagian besar musim depan.

Ia berikutan jika bintang Mesir itu menyertai skuad kebangsaan negaranya bagi saingan Sukan Olimpik dan Piala Negara-Negara Afrika.

Salah, 28, dijangka menyertai temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang ditunda kepada tahun depan atas tiket seorang daripada tiga pemain lebih usia Mesir manakala Piala Negara-Negara Afrika dilanjutkan ke Januari dan Februari 2022.

Pengendali skuad bawah-23 Mesir, Shawky Garib memberitahu Ahram Online: "Kakitangan teknikal pasukan dan Persatuan Bola Sepak Mesir mahu memanggil Mohamed Salah untuk Olimpik.

"Salah adalah seorang pemain kelas dunia dan saya harap dia boleh bermain bersama kami di Olimpik."

Olimpik dijadualkan berlangsung antara 23 Julai hingga 8 Ogos.

Salah mungkin boleh terlepas sebahagian besar perlawanan antara dua hingga ke tiga bulan buat penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu dalam saingan musim 2021-22.

Skuad Reds juga boleh kehilangan bintang Senegal, Sadio Mane dan bintang Guinea, Naby Keita yang menjadi ancaman terhadap perancangan Jurgen Klopp.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2020 @ 10:56 PM