CAWANGAN DJI | Hasselblad Experience yang pertama di Malaysia dibuka di Suria KLCC.
CAWANGAN DJI | Hasselblad Experience yang pertama di Malaysia dibuka di Suria KLCC.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: DJI, pemimpin global dalam teknologi dron serta kamera dan Hasselblad, pengeluar kamera Sweden yang terkenal dengan kamera format sederhana berkualiti tinggi dan reka bentuk ikoniknya, secara rasmi membuka cawangan DJI | Hasselblad Experience yang pertama di Malaysia.

Ringkasan Berita
  • DJI dan Hasselblad ecara rasmi membuka cawangan DJI | Hasselblad Experience yang pertama di Malaysia.
  • Kedai di Suria KLCC, Kuala Lumpur ini menampilkan kamera terkini Hasselblad serta inovasi terkini DJI.
  • Sempena majlis pembukaan DJI | Hasselblad KLCC Experience Store, kempen 'Snap and Win' turut dilaksanakan.
  • Rangkaian pertama itu menawarkan pelbagai barisan produk yang lengkap sambil menikmati galeri karya terulung Hasselblad.

    Kedai DJI | Hasselblad Experience kini dibuka untuk pengunjung dan peminat di Lot 117, Tingkat 1 Suria KLCC.

    DJI menerusi kenyataan berkata, kedai itu menampilkan paparan produk premium yang diatur dengan teliti termasuk kolaborasi moderniti dan perpaduan Kuala Lumpur dalam teknologi dan seni.

    "Setiap pengunjung boleh merasai pengalaman ke alam fotografi teknologi tinggi dan meneroka produk fotografi yang berkualiti tinggi secara langsung.

    "Selain itu, bagi meraikan majlis pembukaan DJI | Hasselblad KLCC Experience Store, kempen 'Snap and Win' diluncurkan bermula dari 25 Jun sehingga 1 Julai (hari ini)," katanya.

    DJI berkata, semua orang dapat mengambil bahagian untuk mengunjungi kedai, mengambil gambar, mengikuti dan menanda @DJI.Malaysia dan @Hasselblad.MY di Facebook dan Instagram, serta membuat paparan di media sosial mereka dengan menggunakan tanda pagar (hashtag) #DJIXHASSELBLADKLCC.

    Seorang pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima DJI Osmo Mobile 6 bernilai RM639.

    DJI berkata, kedai terbabit turut menampilkan kamera terkini Hasselblad, termasuk 907X 100C, kamera digital tanpa cermin format sederhana yang menggabungkan reka bentuk vintaj dengan prestasi moden; X2D 100C, yang terkenal dengan kualiti imej yang luar biasa dan julat dinamiknya; serta edisi terhad 907X 50C 80th Anniversary Edition, yang meraikan warisan unik untuk Hasselblad.

    Selain itu, kedai ini mempamerkan inovasi terkini DJI, termasuk DJI Osmo Pocket 3, kamera gimbal genggam kompak berkuasa tinggi dan DJI Avata 2, dron canggih yang direka untuk pengalaman udara yang langsung.

    Sementara itu, sempena majlis pembukaan pihaknya menawarkan diskaun lima peratus untuk sesetengah produk, pertunjukan tarian singa dan demonstrasi dron secara langsung.

    Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2024 @ 12:56 PM