BINTANG Jerman, Thomas Mueller berlatih sendirian menjelang perlawanan Kumpulan F menentang Hungary, malam esok. FOTO AFP
BINTANG Jerman, Thomas Mueller berlatih sendirian menjelang perlawanan Kumpulan F menentang Hungary, malam esok. FOTO AFP
AFP

Herzogenaurach: Bintang Jerman, Thomas Mueller dijangka terlepas perlawanan penting Euro 2020 menentang Hungary, malam esok, berikutan cedera lutut dan sekali lagi tidak berlatih bersama pasukan, hari ini.

Pemain tengah menyerang itu tidak menyertai sesi latihan bersama rakan lain pada hari ini dan berlatih sendirian dengan lutut kanan berbalut selepas berlaga ketika menang 4-2 ke atas Portugal pada aksi Kumpulan F, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, dua lagi pemain, Mats Hummels dan Ilkay Gundogan yang terlepas latihan semalam bersama Mueller, kembali bersama pasukan hari ini selepas dipercayai pulih daripada kesakitan lutut dan betis.

Jika Mueller diketepikan, rakan sepasukannya bersama Bayern Munich, Leon Goretzka dijangka mengisi kekosongan itu menentang Hungary.

Keputusan seri aksi di Munich itu sudah memadai buat Jerman melangkah ke pusingan kalah mati.

Bagaimanapun, Hungary yang menduduki tangga corot kumpulan itu perlu menang untuk mengelakkan daripada tersingkir.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Jun 2021 @ 8:19 PM