BARISAN pemain Jerman sedang menjalani latihan. FOTO AFP
BARISAN pemain Jerman sedang menjalani latihan. FOTO AFP
AFP

Herzogenaurach: Toni Kroos mahu menepis keraguan ramai terhadap Jerman menjelang aksi pertama Euro 2020 bertemu juara dunia, Perancis awal pagi Rabu.

Jerman perlu bekerja keras dalam Kumpulan F apabila bakal bertemu juara bertahan, Portugal dan Hungary selepas pertemuan getir dengan Perancis di Munich.

Kroos kembali pulih selepas didapati positif Covid-19 bulan lalu dan beraksi ketika Jerman membelasah Latvia 7-1 pada perlawanan pemanas badan terakhir.

Bagaimanapun Jerman masih bergelut untuk bangkit selepas tersingkir di peringkat kumpulan di Piala Dunia 2018 dan Kroos sedar mereka perlu membuktikan sesuatu kali ini.

"Kami tidak perlu menyembunyikan apa-apa apabila bertemu Perancis. Kedua-dua pasukan adalah kuat," kata Kroos.

"Sebelum Piala Dunia 2018, kami dilihat lebih kuat berbanding sebelumnya, tetapi sekarang berbeza."

Jerman mensasarkan untuk memenangi kejohanan itu buat kali keempat sebagai tanda perpisahan kepada Joachim Loew yang akan meninggalkan pasukan selepas 15 tahun.

Bagaimanapun keyakinan terhadap mereka kekal rendah.

Moral penyokong Jerman semakin berkurang musim ini selepas pasukan kesayangan mereka dimalukan Sepanyol dan Macedonia Utara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Jun 2021 @ 10:58 AM