Agensi

Budapest: Penyandang juara Piala Dunia, Perancis terpaksa berdepan ribuan penyokong tuan rumah di Budapest ketika mereka menentang Hungary, satu-satunya gelanggang Euro 2020 membenarkan kehadiran penonton dengan kapasiti penuh.

Arena Puskas di Budapest yang berkapasiti 67,215 sekali lagi menimbulkan suasana berbeza berbanding gelanggang lain yang mengetatkan kehadiran jumlah penonton akibat Covid-19.

Sebilangan besar mengibarkan bendera Hungary yang berwarna hijau, putih dan merah, manakala ada yang memakai kemeja T berwarna hitam.

MERIAH suasana di Arena Puskas membabitkan perlawanan Hungary menentang Perancis. FOTO AFP
MERIAH suasana di Arena Puskas membabitkan perlawanan Hungary menentang Perancis. FOTO AFP

Kesatuan Bolasepak Eropah berkata, kira-kira 5,700 penyokong Perancis hadir menyaksikan perlawanan berkenaan.

Perancis boleh menempah slot 16 akhir jika mencatat kemenangan, selepas menang 1-0 pada aksi awal Kumpulan F.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Jun 2021 @ 9:47 PM