BECKHAM bersama isterinya, Victoria mempunyai kekayaan bernilai RM1.9 bilion. FOTO Agensi
BECKHAM bersama isterinya, Victoria mempunyai kekayaan bernilai RM1.9 bilion. FOTO Agensi
Agensi

London: David Beckham boleh membeli seberapa banyak rumah yang dimahukan dengan kekayaan terkumpul dimiliknya dilaporkan mencecah £339 juta (RM1.9 bilion).

Jadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi bekas bintang Manchester United itu menduduki tangga teratas selaku bintang bola sepak yang mempunyai nilai rumah paling mahal.

Dia membeli sebuah rumah mewah di London berharga £31.5 juta (RM180.5 juta) pada 2013 sebelum menambah kos £8 juta (RM45.8) lagi untuk menambah baik hartanah itu sepanjang tempoh tiga tahun sekal gus nilai keseluruhan rumahnya kini adalah £39.5 juta (RM226.4 juta).

Ia mempunyai lapan bilik, dua bilik persalinan, taman permainan, gimnasium dan bilik mendandan rambut.

Antara jiran terdekat dengan Beckham termasuklah selebriti Robbie Williams, Simon Cowell dan Elton John.

Seorang lagi bekas bintang Manchester United, Wayne Rooney menduduki tangga kedua rumah bintang bola sepak paling mahal iaitu sekitar £20 juta (RM114.6 juta).

Rumah Rooney dikatakan sangat besar dan di situlah dia menyimpan koleksi kereta, mempunyai sebuah panggung wayang, kolam renang selain tasik untuk memancing.

Malah terbaharu bos Derby County itu dilaporkan membina sebuah padang di dalam kawasan rumahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Mei 2021 @ 12:51 PM