KEINDAHAN New York terserlah dari apartmen mewah  Ronaldo.
KEINDAHAN New York terserlah dari apartmen mewah Ronaldo.
KEINDAHAN New York terserlah dari apartmen mewah  Ronaldo.
KEINDAHAN New York terserlah dari apartmen mewah Ronaldo.
KEINDAHAN New York terserlah dari apartmen mewah  Ronaldo.
KEINDAHAN New York terserlah dari apartmen mewah Ronaldo.
REKAAN dalaman jadi inspirasi novel ‘50 Shades of Grey’.
REKAAN dalaman jadi inspirasi novel ‘50 Shades of Grey’.
REKAAN dalaman jadi inspirasi novel ‘50 Shades of Grey’.
REKAAN dalaman jadi inspirasi novel ‘50 Shades of Grey’.
REKAAN dalaman jadi inspirasi novel ‘50 Shades of Grey’.
REKAAN dalaman jadi inspirasi novel ‘50 Shades of Grey’.

Cristiano Ronaldo (gambar) membeli sebuah apartmen mewah di New York pada harga AS$18.5 juta (RM77.7 juta).

Bintang Real Madrid itu yang disenaraikan Forbes sebagai atlet berpasukan menerima bayaran tertinggi dunia membeli pangsapuri berkeluasan 2,509 kaki persegi di Menara Trump, Fifth Avenue, lapor New York Post.

Pangsapuri eksklusif itu yang dikatakan menjadi ilham latar novel ‘50 Shades of Grey’, dimiliki Alessandro Proto, jutawan hartanah Itali dan juga rakan niaga kepada pemilik dan calon presiden parti Republican, Donald Trump.

Menurut laman web hartanah Warburg, ia dibina pada 1983 dan rekaan dalamnya dicipta oleh pereka ternama dunia, Juan Pablo Molyneux.

Sumber memberitahu New York Post bahawa EL James, pengarang novel ‘50 Shades of Grey’, mendapat inspirasi daripada persekitaran mewah apartmen itu dalam mencipta rumah bujang yang dimiliki watak utama, Christian Grey.

Apartmen tiga bilik tidur dan tiga bilik mandi itu terletak di 5th Avenue, 56th Street dan dianggap antara tempat paling berprestij dan selamat untuk didiami.

Ia memberikan pemandangan menakjubkan Central Park di bahagian utara, menganjur ke Sungai Hudson di sebelah barat dan ke selatan, mengetengahkan pemandangan hebat pelbagai bangunan ikon Manhattan termasuk Empire State Building, Chrysler Building dan Freedom Tower.

Penghuni Menara Trump mempunyai akses kepada pusat kecergasan yang besar, khidmat valet dalaman serta restoran, bar dan kedai di bangunan itu.

Mei lalu, Forbes menyenaraikan Ronaldo sebagai atlet berpasukan yang menerima bayaran tertinggi dunia dan pemain bola sepak berpendapatan paling tinggi selepas menerima AS$79 juta (RM331.9 juta) tahun lalu menerusi bayaran gaji, bonus dan tajaan, meletakkanya di depan pesaingnya, Lionel Messi yang menduduki tangga kedua.

Tiga tahun selepas Ronaldo berpindah dari Manchester United ke Real Madrid pada 2009 dengan bayaran £80 juta (RM529 juta) dia menjual rumahnya di Chesire, England pada harga AS$1.4 juta (RM9.25 juta).

Disifatkan sebagai kediaman anggun dengan lima bilik tidur berasingan, rumah agam di Stockport itu terdiri daripada lima bilik tidur yang dibahagikan kepada dua aras.

Ronaldo yang berpisah dengan teman wanitanya, Irina Shayk awal tahun ini, dikatakan mempertimbangkan untuk berpindah ke Major League Soccer di Amerika Syarikat sebaik kontraknya tamat pada 2018.

Laporan Sports Illustrated menyatakan pelbagai sumber mendakwa pemain Portugal berusia 30 tahun itu bakal berpindah merentasi Lautan Atlantik sebaik kontraknya ketika ini tamat.

Ia mungkin masa yang tepat dengan perancangan musim pertama kelab baru Los Angeles Football Club apabila Ronaldo dikatakan ingin berpindah ke California.

Bekas kapten England dan Liverpool, Steven Gerrard baru-baru ini menyertai pasukan sedia ada, LA Galaxy di mana David Beckham bermain selama lima musim.

Bagaimanapun pembelian rumah Ronaldo di New York mungkin menarik perhatian New York Red Bulls dan New York City.

Bekas bintang Arsenal Thierry Henry bermain untuk Red Bulls, manakala New York City memiliki penjaring terbanyak di Sepanyol sepanjang zaman David Villa dan legenda Chelsea Frank Lampard.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2015 @ 9:57 AM