GAYA  Fajardo meraikan jaringan kedua Panama. FOTO AFP
GAYA Fajardo meraikan jaringan kedua Panama. FOTO AFP
Reuters

Atlanta, Georgia: Panama bangkit menewaskan Amerika Syarikat (AS) 2-1 dalam aksi Kumpulan C di Atlanta sebentar tadi yang menyaksikan tuan rumah beraksi hampir keseluruhan permainan dengan sepuluh pemain.

Pertahanan AS Timothy Weah dibuang padang pada minit ke-18 selepas mengasari Roderick Miller tetapi Folarin Balogun meletakkan tuan rumah di depan menerusi rembatan di luar kotak penalti empat minit kemudian.

Panama menyamakan kedudukan pada minit ke-26 apabila Cesar Blackman melepaskan rembatan rendah yang gagal diselamatkan penjaga gol Matt Turner sebelum pemain gantian Jose Fajardo yang mendapat hantaran Abdiel Ayarza menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-83.

Panama turut beraksi sepuluh pemain selepas Adalberto Carrasquilla dibuang padang apabila menjatuhkan Christian Pulisic minit ke-88.

Kemenangan membolehkan Panama menyamai tiga mata dengan AS dan Uruguay yang menentang Bolivia hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2024 @ 8:30 AM