PEARLY dan Thinaah pamer tentangan sengit ketika menentang beregu China. FOTO Bernama
PEARLY dan Thinaah pamer tentangan sengit ketika menentang beregu China. FOTO Bernama
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Hasrat beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk mara lebih jauh pada saingan Terbuka Indonesia tidak kesampaian apabila tewas 20-22, 18-21 di suku akhir kepada beregu nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dalam perlawanan hari ini.

Bagi Pearly, permainan mereka hari ini lebih baik berbanding sebelum ini dan berjaya memberi tentang sengit kepada lawan mereka biarpun tidak berjaya mara ke separuh akhir.

"Walaupun tewas tetapi ada sesuatu yang positif kerana kami bermain berdasarkan apa yang dirancang dan bermain dengan baik dari sudut strategi. Namun mereka lebih bijak terutama di mata penting dan itu yang perlu kami pelajari lagi," kata Pearly ketika ditemubual wakil BWF selepas perlawanan.

Dalam perlawanan itu, pilihan pertama itu berjaya mengekalkan prestasi serta fokus terutama ketika di mata genting dan itu menjadi kelebihan buat mereka sekali gus berjaya membalas dendam atas kekalahan sebelum ini kepada Pearly-Thinaah 22-20, 21-16 di pusingan kedua pada Seluruh England tahun ini.

Sementara itu, dua wakil perseorangan lelaki juga gagal meneruskan perjuangan apabila tewas kepada lawan masing-masing di suku akhir, hari ini.

Leong Jun Hao yang turun yang turun menentang wakil China, Li Shi Feng terpaksa akur tewas straight set 11-21, 12-21 sementara Lee Zii Jia juga mengalami nasib sama tewas kepada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsan 16-21, 17-21.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Jun 2024 @ 8:07 PM