THINAAH (kiri) dan Pearly tewas dalam pertarungan tiga set di tangan beregu China yang juga juara dunia di Terbuka Denmark, hari ini. FOTO BADMINTON PHOTO
THINAAH (kiri) dan Pearly tewas dalam pertarungan tiga set di tangan beregu China yang juga juara dunia di Terbuka Denmark, hari ini. FOTO BADMINTON PHOTO
Affan Rostam


Kuala Lumpur: Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah terpaksa akur apabila tewas kepada beregu China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan di pusingan kedua Terbuka Denmark di Jyske Bank Arena, Odense, hari ini.

Bagaimanapun, pujian tetap harus diberikan kepada Pearly-Thinaah apabila berjaya memberi saingan hebat kepada pasangan pilihan utama kejohanan itu sehingga mengheret mereka untuk bermain dalam set penentuan.

Qing Chen-Yi Fan yang juga juara dunia terlebih dahulu menguasai permainan untuk menang 21-18 pada set pertama.

Pasangan negara yang menghuni tangga ke-11 dunia itu dilihat tidak mahu memberi laluan mudah kepada lawannya biarpun berbeza sembilan anak tangga dalam ranking dunia dan bangkit memenangi set kedua 22-20.

Namun, Qing Chen-Yi Fan beraksi cemerlang pada aksi set penentuan untuk menang 21-17 dalam tempoh satu jam 13 minit.

Dua pasangan itu pernah berentap di separuh akhir Perodua Masters Malaysia 2022 yang menyaksikan Pearly-Thinaah tewas 21-10, 21-19.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2022 @ 5:29 PM