BEREGU wanita negara, Pearly Tan (kiri) dan M Thinaah. FOTO FATHIL ASRI
BEREGU wanita negara, Pearly Tan (kiri) dan M Thinaah. FOTO FATHIL ASRI
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Selepas beberapa jam menanti aksi pemain negara di Axiata Arena, akhirnya peminat badminton negara teruja dan penuh bersemangat apabila beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah turun untuk aksi separuh akhir Masters Malaysia.

Pearly-Thinaah yang masuk ke dalam Gelanggang 1 pada 6.45 petang disambut dengan sokongan gemuruh dan nyanyian lagu 'Ekor Harimau Sejati' bagi menaikkan semangat untuk berdepan pilihan utama dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

Selepas menunggu sejak 1 tengah hari, akhirnya peminat negara melontarkan suara penuh bersemangat dengan nyanyian, jeritan dan laungan keramat 'Malaysia Boleh'.

Penonton terus menjerit 'yeahhh' setiap kali Pearly-Thinaah melakukan smash dan bertujuan untuk melemahkan pasangan lawan.

Selain Pearly-Thinaah turut turun beraksi petang ini ialah beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menentang pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk mencari slot ke final.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2022 @ 7:10 PM