Gambar Alan Rickman pada 2015 (kiri) dan watak dipegangnya iaitu Profesor Snape (Harry Potter), Hans Gruber (Die Hard) dan Sheriff of Nottingham (Robin Hood: Prince of Thieves). - Foto REUTERS/moviepilot.com

London: Pelakon veteran Britain, Alan Rickman, yang terkenal sebagai Profesor Snape dalam Harry Potter meninggal dunia hari ini, ketika berusia 69 tahun selepas lama menderita akibat barah.

Rickman yang pernah memenangi anugerah Golden Globe dan BAFTA sepanjang kerjayanya sebagai pelakon filem, televisyen dan teater, sering memegang watak jahat.

“Pelakon dan pengarah Alan Rickman meninggal dunia akibat barah ketika berusia 69 tahun dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan,” kata kenyataan oleh keluarganya hari ini.

Rickman yang bermula sebagai pelakon teater mula terkenal selepas muncul sebagai Hans Gruber, pengganas Jerman, dalam ‘Die Hard’ pada 1988 yang dibintangi Bruce Willis. Dia juga memegang watak sebagai Sheriff of Nottingham dalam ‘Robin Hood: Prince of Thieves’ pada 1991 bersama Kevin Cosner. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 9:42 PM