Douglas mahu buktikan kemampuan di Sepang. FOTO Ihsan Viper Niza Racing
Douglas mahu buktikan kemampuan di Sepang. FOTO Ihsan Viper Niza Racing
HM Digital

SELEPAS memenangi perlumbaan TCR SPA500 endurance 24 jam di Belgium, pasukan Viper Niza Racing bakal meneruskan aksi di saingan sulung perlumbaan Touring Car Dunia (WCTR) yang berlangsung 13 hingga 15 Disember ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pasukan berkenaan akan diketuai pelumba veteran kereta touring, Douglas Khoo iaitu salah satu daripada tiga wakil wildcards dari Malaysia dan menggunakan jentera Seat Leon Cupra TCR.

Berada dalam pasukan yang membariskan pelumba dan pasukan terbaik kereta touring dunia beraksi di gelanggang sendiri adalah detik sangat diidamkan buat mereka.

"Kedua-duanya membuatkan saya teruja dan bangga. Kami tidak meletakkan apa-apa harapan dalam aksi di Belgium sebelum ini namun kemenangan sudah sedikit sebanyak membuka mata seluruh dunia.

"Bagaimanapun, aksi endurance dan WCTR adalah berbeza.

Ia akan membabitkan kelajuan di pusingan kesembilan hingga ke-12.

Kami harus bersedia untuk berdepan pelbagai cabaran sehingga tamat perlumbaan," kata Khoo yang juga pemilik pasukan Viper Niza Racing Team.

Dia pernah beraksi di Siri Asia Perlumbaan Touring Car pada 2015 hingga 2018 dan mengambil bahagian di Siri Antarabangsa Perlumbaan Touring Car 2015 serta 2016.

Perlumbaan WTCR di SIC akan menyaksikan kehadiran 30 pelumba terbaik kereta touring seperti legenda Yvan Muller, Gabriele Tarquini, Tom Coronel, Robb Huff, Augusto Farfus, Esteban Guerrieri, Andy Priaulx and Tiago Monteiro.

Kesemua mereka akan mewakili tujuh pengeluar jentera termasuk Hyundai, Seat, Lynk & Co, Audi, Volkswagen, Honda dan Alfa Romeo.

Pengurus pasukan Viper Niza Racing Team, Niko Ode Prayitno berkata, pasukannya akan menggunakan segala kelebihan darI segi maklumat berikutan sudah bertahu-tahun beraksi di SIC.

"Tiga perlumbaan format pecut bakal menyaksikan saingan sangat sengit bermula dari awal hingga tamat aksi.

Kami mempunyai kelebihan dari segi beraksi di tempat sendiri dan sudah banyak kali berlumba di sini," kata Niko.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019 @ 5:30 PM