NOAH tidak puas hati bintang sukan Perancis berkulit putih berdiam diri. FOTO Agensi
NOAH tidak puas hati bintang sukan Perancis berkulit putih berdiam diri. FOTO Agensi
AFP

YANNICK Noah, pemain terakhir Perancis yang meraih gelaran Grand Slam mengecam tindakan ahli sukan kulit putih yang 'diam' mengenai isu perkauman.

Noah berkata, beliau bimbang bahawa ahli sukan di Perancis yang mengutuk kekejaman dan diskriminasi polis selepas kematian George Floyd di Amerika Syarikat adalah dalam kalangan yang berkulit hitam.

Beliau yang berusia 60 tahun, memuji pendirian pemain tenis, Gael Monfils dan Jo-Wilfried Tsonga termasuk bintang bola sepak, Kylian Mbappe.

"Ia sangat bagus apabila anak muda terbabit tapi yang menghairankan saya mereka adalah dalam kalangan berdarah campuran atau berkulit hitam.

"Kenapa? Ini adalah perkara membabitkan ketidakadilan yang harus membuatkan semua orang sedar. Saya yakin polis melakukan tugas mereka dengan baik tapi tentu ada 'epal' yang buruk," katanya yang muncul juara Roland Garros pada 1983.

Noah juga berkata, ia sangat penting bintang sukan kulit putih di Perancis membabitkan diri dalam protes.

"Ya, mereka berdiam membuatkan saya sangsi, tapi kita jangan buruk sangka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2020 @ 11:41 AM