PUKKI penyerang berbisa Norwich. - FOTO Agensi
PUKKI penyerang berbisa Norwich. - FOTO Agensi
Reuters

PENYERANG Norwich City, Teemu Pukki pantas menyesuaikan diri dengan cabaran Liga Perdana dan West Ham perlu lebih berwaspada apabila melayan kunjungan pasukan itu Sabtu ini, menurut pengurus, Manuel Pellegrini.

Pukki yang menjaringkan gol dalam semua tiga aksi liga kini berkongsi kedudukan penjaring terbanyak dengan lima gol bersama bintang Manchester City, Raheem Sterling selain beberapa bantuan jaringan.

Penyerang Finland itu yang muncul penjaring terbanyak Championship musim lalu dengan 29 gol mampu menjadi pemain ketiga yang menjaringkan gol dalam empat aksi pertama Liga Perdana selepas Mick Quinn (Coventry City) dan Diego Costa (Chelsea).

"Apabila ada perubahan dalam pertandingan selalunya ada pemain yang dapat merasakan perbezaannya. Saya fikir Pukki tiada masalah dalam Liga Perdana,” kata Pellegrini.

"Kami perlu memberi perhatian lebih kepadanya. Saya menjangkakan corak permainan sama ketika kami menentang Watford. Norwich beraksi dengan permainan sama dan itulah yang mereka pamerkan ketika menentang Chelsea dan Liverpool.

“Mereka pasukan yang bagus dan kami perlu beraksi pada tahap terbaik untuk meraih tiga mata.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Ogos 2019 @ 11:27 PM