Aksi Teemu Pukki (kiri) dalam perlawanan Liga Perdana. FOTO File Reuters
Aksi Teemu Pukki (kiri) dalam perlawanan Liga Perdana. FOTO File Reuters
Agensi

PENYERANG Norwich City, Teemu Pukki adalah antara pemain yang berada dalam senarai pencalonan bagi Anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris bagi bulan Ogos.

Pukki, 29, menyumbat lima gol dalam empat penampilan setakat ini pada musim ini.

Bintang Manchester City, Sergio Aguero, Raheem Sterling dan Kevin de Bruyne, Roberto Firmino dari Liverpool dan pemain Burnley, Ashley Barnes melengkapkan senarai pencalonan itu.

Bos City Pep Guardiola, Jurgen Klopp (Liverpool), Roy Hodgson (Crystal Palace) dan Brendan Rodgers (Leicester) dicalonkan bagi pengurus terbaik bulanan.

Klopp memastikan permulaan 100% The Reds dalam kempen liga sementara Rodgers membimbing Leicester dengan permulaan tanpa kalah.

Roy Hodgson sambung kontrak bersama Crystal Palace. FOTO Reuters
Roy Hodgson sambung kontrak bersama Crystal Palace. FOTO Reuters

Hodgson yang berusia 72 tahun adalah pengurus tertua dalam sejarah Liga Perdana, membawa Palace menewaskan Manchester United buat pertama kali dalam saingan liga utama Inggeris itu sejak 1991 apabila menang 2-1 di Old Trafford.

Pukki, yang menjaringkan hatrik menentang Newcastle dan menjaringkan gol kemenangan Finland berdepan Greece pada Khamis, sudah memenangi Anugerah Pemain yang digemari penyokong PFA bagi bulan Ogos.

Aguero penjaring terbanyak setakat ini dengan enam gol daripada empat perlawanan pembukaan musim ini buat City, dengan Sterling menyamai jaringan Pukki sebanyak lima gol, sementara de Bruyne membantu menghasilkan jaringan terbanyak liga dengan lima kali setakat ini.

Sementara itu, Barnes menjaringkan empat gol buat Burnley dan menjaringkan gol dalam tiga penampilan kesebelasan utama buat the Clarets musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 8:57 PM